.muharram.
Wednesday, January 9, 2008
"Selamat Tahun Baru Hijriyah"
1 Muharram 1429
Masa berlalu, hari demi hari dengan tidak kita sedar, setiap hari dan setiap malam berlalu menjauhkan kita dari hari lahir kita dan mendekatkan kita pada hari kematian kita, hari kita meninggalkan dunia yang fana ini. Tiap muslim dan muslimat harus sentiasa mengenang nilai setiap hari dalam umurnya. Dia harus selalu mencari jalan bagi mendapat faedah daripadanya. Janganlah dia mencuaikan masa-masanya sehingga berlalu harinya dengan tidak mendapat faedah apa-apa, kerana hari yang berlalu itu, tidak akan kembali lagi. Haruslah kita berusaha untuk membuat kebajikan dan amal baik dan sentiasa membuat muhasabah terhadap umur kita masing-masing, kerana umur kita itu sebenarnya pendek. Jagalah ia, jangan sampai terbuat perkara-perkara yang tidak bermanfaat bagi hari akhirat.
Semoga di tahun yang baru ini, kita semakin berjaya melawan kekufuran.
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, mereka suka nasihat menasihati dengan penuh kebenaran dan penuh kesabaran." *Surah Al-Asr*
